MLM VS Affiliate

"Malas la saya nak buat biz ni. Kita buat, yang kaya upline." Kalau anda terjumpa prospek yang cakap macam ni bila anda ajak dia join ToneExcel, bagi kat dia fakta ni: Saya sertai program ni pada bulan April 2010. ID saya 1322. Saya perkenalkan biz ni kepada Mazelan Abas pada bulan April 2010. ID dia 8694. Siapa Top Earner dalam program ni sekarang? Saya? Upline saya? Up Upline saya?BUKAN tapi Top Earner sekarang ialah Mazelan Abas. Dia dah overtake 8693 orang yang join lebih awal dari dia. KENAPA??

1. Ini bukan Skim Piramid
2. Mazelan tak henti-henti buat promosi

Dalam program ni, siapa yang RAJIN lebih, dialah yang dapat lebih.
- Ishak Din


"Komisyen yang kami dapat daripada ToneExcel adalah sama dengan komisyen yang anda akan dapat jika anda menjadi Service Center (SC) telco lain seperti Clcm, Dg & Mxs. Tapi jangan cuba-cuba jadi SC telco lain, kosnya ratus ribu. Anda perlukan kedai, lesen perniagaan, modal berbayar dsb. Kalau tak caya, anda boleh cuba. Dengan ToneExcel, anda tak perlu jadi SC untuk enjoy faedah yang sama. Anda hanya perlu jadi pengguna biasa dan promote TE kepada kawan-kawan anda. Kos permulaan hanya RM80 dan topup minimum RM20 sebulan, maka anda layak terima komisyen apabila ajak kawan-kawan anda guna TE. Simple saja tapi ramai orang tak kisah sebab mereka sangka TE adalah MLM macam jual ubat, food supplements dsb. Ini 100 kali ganda lebih mudah daripada MLM yang biasa anda dengar. Ini adalah sistem AFFILIATE 3-TIER. Dengan adanya FB dan support dari Smart Team, anda pasti boleh berjaya."
- Jitol Magada


"MLM kebiasaannya menyerapkan sistem binary & pairing. Terhad penajaan untuk Level 1 supaya berlaku spillover dan perlu ada force matrix. Sistem komisyen berlaku flushing bila capai maximum income untuk sehari. Pengeluaran modal yang banyak dan ada hidden cost & marketing plan.
TE seakan-akan MLM tapi bukan MLM. Komisyen yang diberi adalah berdasarkan ihsan syarikat dan tidak membebankan ahlinya. Kita takde binary, spillover dan force matrix. Sebenarnya kita hanya bertindak mempromosikan kepada orang ramai dan hanya layak terima komisyen dari Level 1 saje. Tapi dengan ihsan dan budi bicara syarikat, kita diberi kelebihan override komisyen Level 2 dan Level 3. Level seterusnya, tiada. Kebiasaan MLM, network level mesti lebih dari 5 level. Kita tidak. Ini hanya pendapat saya je."
- Hafiz AJ


Kelirukah Aku Tentang Program Affiliate? 
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2013 www.PendapatanBulanan.com

Jika komisyen affiliate adalah satu level, ianya dipanggil single-level affiliate atau 1-tier affiliate - semua IM (internet marketer) faham dan suka lakukan promosi.

Jika komisyen affiliate adalah 2 level, ianya dipanggil 2-level affiliate atau 2-tier affiliate - semua IM faham dan lebih suka lakukan promosi sebab dapat pendapatan pasif daripada level 2.

Jika komisyen affiliate adalah 3 level dan ke atas, ianya mula dipanggil multi-level affiliate atau multi-tier affiliate - semua IM faham dan sudah mula ada yang tak suka melakukannya disebabkan ianya seakan-akan MLM.

Pada masa yang sama...

Bila dikatakan "MLM", ramailah IM yang "tak sukakannya" kerana mereka tahu bahawa komisyen yang dijana di level 2, 3 dan seterusnya adalah atas usaha orang lain.

Bila dikatakan 2-tier affiliate, peliknya ramai IM yang "suka" sebab boleh dapat pendapatan pasif walaupun mereka tahu bahawa komisyen yang dijana di level 2 adalah atas usaha orang lain.

Bila dikatakan "direct-selling" pula, ramai yang tak suka (termasuk IM sendiri) dan ada yang benci atas sebab apa pun tak diketahui tapi itulah sebenarnya 1-tier affiliate.

Kekeliruan ini sahaja sudahpun rumit untuk dijelaskan.

Jadi, tak hairanlah jika ramai IM mempunyai pelbagai pendapat yang bercanggah tentang affiliate dan MLM itu sendiri.

Adakah disebabkan penggunaan perkataan affiliate lebih baik daripada "direct selling" dan apa sahaja yang dikatakan multi-tier atau multi-level itu tidak disenangi? Namun, kenapa pula 2-tier affiliate disukai?

Ah, rumit juga ye? 

Apa pun jua, fakta itu tetap fakta dan diharapkan definasi yang saya tulis di atas dilihat sebagai fakta.

Saya sokong apa jua jenis affiliate asalkan ianya tidak menindas dan tidak ada transaksi meragukan.

Saya faham bahawa sesetengah multi-level affiliate atau online MLM program memanipulasi cara pembahagian komisyen dan banyak juga pelan pemasaran yang kabur. Namun, masih banyak juga multi-level affiliate atau online MLM program yang memang jelas pelan pemasarannya dan cuma program sebegini yang mendapat rekomendasi daripada saya. Program sebegini boleh dilakukan sebagaimana anda lakukan promosi untuk program affiliate single-tier.

Mengenai Penulis:

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan pasif berulang daripada Internet. Anda boleh mengikuti jejak langkah Zamri Nanyan dengan menyertai salah satu program yang beliau sarankan dahulu dan promosi sehingga berjaya. 
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. 

Hakcipta Terpelihara (c) 2013 Zamri Nanyan 

http://www.PendapatanBulanan.com/
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
Bersempena kehangatan fenomena ToneExcel yang saya sertai, saya nak jemput anda "BUAT AJE" bisnes TE ini. Anda sendiri pun ada handphone, lebih baik anda cipta pendapatan lumayan daripada langganan servis telefon anda (tukar ____ kepada ToneExcel hari ini).

Sumber: http://www.facebook.com/ZamriNanyan/posts/10202426859942285

No comments:

Post a Comment